Polisi Pemulangan, Bayaran Balik dan Pembatalan
AKRAB ASSOCIATES SDN BHD
Akrab Associates Sdn Bhd sentiasa mengutamakan kualiti buku yang dijual kepada pelanggan kami. Namun begitu, terdapat kemungkinan kerosakan atau kecacatan yang tidak dapat dielakkan atau dikesan lebih awal. Oleh itu, buku yang memenuhi syarat dan terma di bawah akan digantikan dengan buku baharu.
Polisi penggantian ini hanya terpakai bagi pembelian yang dibuat melalui laman web rasmi https://akrabbooks.com/ sahaja.
Syarat dan Terma Penggantian Buku
- Satu buku yang rosak akan digantikan dengan satu buku baharu sahaja.
- Penggantian diberikan bagi buku yang mempunyai kesalahan cetakan, kehilangan muka surat, atau buku yang rosak atau hilang disebabkan oleh syarikat penghantaran.
- Kos penghantaran bagi penggantian tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh Akrab Associates Sdn Bhd.
Tatacara Pemulangan Buku
- Pelanggan hendaklah memulangkan buku yang dibeli berserta resit pembayaran dalam tempoh 14 hari untuk urusan penggantian.
- Untuk bantuan dan urusan pemulangan, sila hubungi Admin Akrab Associates Sdn Bhd melalui maklumat berikut:
E-mel: akrab.info64@gmail.com
WhatsApp Admin: 0111-2027248
Alamat: No. 10, Jalan PJS 1/40, Taman Medan Pejasa, 46000 Petaling Jaya, Selangor. - Proses pemulangan dan penggantian mengambil masa 1 hingga 14 hari bekerja selepas pemulangan dibuat.
